Industri Muzik
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, muzik sangat penting di dalam
kehidupan seharian manusia. Oleh itu, industri muzik pada masa kini semakin
berkembang luas dan semakin maju. Industri muzik semakin maju kerana kualiti
lagu yang semakin di sukai oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Pada
era ini, muzik semakin mudah untuk didengari dan diperoleh oleh pendengar
kerana pada masa ini majoriti semua golongan manusia mempunyai telefon pintar.
Di dalam telefon pintar , pendengar dan peminat muzik dapat mendengari muzik
pada bila masa dan dimana jua. Ini kerana, didalam telefon pintar mempunyai
aplikasi yang boleh dimuat turun untuk mendengar muzik dengan lebih mudah pada
bila bila masa dan diamana jua. Sebelum meniti kehidupan pada marcapada ini,
kita sukar untuk mendengar muzik melainkan di corong-corong radio, dan piring
hitam. Namun begitu, muzik sering kali dipandang rendah oleh segelintir
manusia. Pada mereka, muzik ini hanya sekadar hiburan dan tidak mempunyai masa
depan yang cerah berbanding bidang lain. Walaubagaimanapun , kita yang terlibat
di industri muzik ini seharusnya mengubah pandangan dan mentaliti manusia yang
berfikir negatif kepada muzik. Kita juga harus mempunyai kreativiti dalam
berkarya untuk mendapat kualiti yang lebih baik bukan sahaja menarik peminat
malahan menukar pandangan dan fikiran segelintir manusia pada masa kini. Bidang
muzik ini sebenarnya mempunyai peluang pekerjaan yang luas di industri muzik
Malaysia. Pekerjaan di dalam industri muzik seperti pemuzik, komposer, penulis
liril, penyusun lagu , dan sebagainya berkenaan dengan muzik sangat diperlukan
untuk memajukan lebih maju lagi industri muzik pada era ini. Sebagai seorang
yang terlibat didalam industri muzik, kita perlu berani mencuba benda baru atau
mencipta sesuatu yang baru yang membezakan perbezaan muzik pada zaman sekarang
dan zaman dahulu. Selain itu , kita harus menonjol dengan sesuatu yang baru dan
menarik agar karya kita itu disukai dan diterima oleh semua golongan di
Malaysia. Selain kreativiti didalam karya seni muzik ini, populariti juga
mainkan peranan yang sangat penting untuk kita lebih cepat popular dan dikenali
ramai. Pucuk pangkalnya , kita haruslah usaha lebih keras untuk mempunyai
kejayaan yang diinginkan di dalam industri muzik.
Penglibatan diri saya di dalam bidang muzik ini bermula seawal umur 10
tahun dengan bermain alat muzik tradisional iaitu kompang . Ini kerana didalam
keluarga saya mempunya aliran darah seni yang dimulakan oleh Arwah Dato lelaki
saya sebagai guru kompang atau pengasas persatuan kompang didalam kampung .
Sehingga kini persatuan kompang itu masih aktif bukan di dalam kampung sahaja
malahan di kampung sebelah juga turut
menjemput bagi memeriahkan lagi majlis . Pengalaman di dalam persatuan kompang
ini telah hampir 10 tahun. Dalam tempoh masa 10 tahun ini, beramacam cabaran
untuk mengekalkan persatuan kompang yang telah lama ditubuhkan ini .
Persembahan kompang juga semakin pupus dan dipandang tidak mendatangkan
kebaikan kepada sesuatu majlis yang berlangsung. Perkembangan dan pengetahuan
saya di dalam muzik semakin berkembang dan luas apabila menghadapi masalah
masalah yang dihadapi untuk menpertahankan perkembangan muzik walaupun ianya
hanya persatuan kompang. Selain persatuan kompang , saya juga terlibat didalam
kelab busker di sekolah . Minat terhadap muzik makin tinggi , kerana bukan
sahaja minat tetapi saya berpendapat muzik ini boleh dijadikan pekerjaan dan
mempunyai masa depan yang cerah. Pengetahuan berkenaan muzik semakin berkembang
kerana mempunyai penglibatan didalam persembahan muzik atau bengkel/kelas muzik
. Selain itu, melalui television juga dapat kita lihat pelbagai rancangan
berkaitan dengan muzik yang sering di siarkan mengikut musim dan berepisod.
Pengetahuan ilmu muzik dapat berkembang dengan rancangan-rancangan television
yang disiarkan. Setelah tamat pengajian disekolah , saya membuat keputusan
untuk belajar di mana mana IPTA yang berkaitan dengan muzik. Secara kebetulan ,
rancangan itu dipermudahkan untuk saya melanjutkan pelajaran didalam bidang
muzik . Akhirnya saya bergelar sebagai pelajar muzik yang mempelajari tentang
ilmu muzik dengan lebih mendalam lagi. Di UiTM ini, pelajar muzik diajar dalam
pelbagai genre muzik bukan sahaja classical ,malahan segala genre muzik yang
ada seperti jazz, pop, balada, rock , dan sebagainya. Bagi saya ini dapat
menambah lagi pengetahuan kita didalam bidang muzik. Sebagai seorang yang
mempelajari alat muzik tradisional , muzik tradisional adalah satu tradisi yang
boleh di kekalkan untuk melambangkan negara kita Malaysia. Antara jenis muzik tradisional di Malaysia
seperti muzik melayu asli , muzik teater wayang kulit, muzik teater mak yong,
muzik zapin, keroncong dan banyak lagi . Muzik tradisi ini mempunyai masa depan
yang sangat cerah pada masa akan datang . Kerana pendedahan berkenaan muzik
berikut semakin pupus dan pengetahuan berkenaan muzik berikut tidak di ketahui
oleh golongan muda pada masa kini. Selain itu , pemuzik tradisional mempunyai
masa depan yang sangat cerah kerana pemuzik ini sangat terhad bilanganya di
Malaysia. Pemuzik tradisi ini dapat dipupuk melalui minat untuk belajar dan
usaha pemuzik tersebut. Sejujurnya, muzik tradisional di malaysia ini sangat
penting dan mempunyai masa depan yang cerah dan mempunyai kejayaan pada masa
akan datang.
Untuk bergiat didalam industri muzik ini , kita perlulah mempunyai
pendirian dan identiti yang tersendiri yang menarik. Ini kerana untuk
mengekalkan momentem didalam industri muzik yang sedang berkembang di Negara
ini. Untuk mengekalkan lagi perkembangan muzik di Malaysia, Kita haruslah
mempunyai kenalan yang ramai bagi memudahkan urusan didalam industri muzik .
Kenalan ini memudahkan kita untuk berhubung berkenaan industri muzik .
Tindakakn ini tidak mendatangkan kesan yang negatif malahan ianya akan mendatangkan
sesuatu yang baru didalam perkenalan kita. Selain itu, idea baru jugak dapat
dikeluarkan melalui perkenalan tersebut. Ini kerana industri memerlukan idea
baru yang menarik dan berguna untuk menarik perhatian perminat muzik pada zaman
ini. Muzik adalah salah satu unsur dalam
kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana itu pengertian dan fungsi muzik
dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi asas muzik adalah sebagai
hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu bidang budaya
jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik mengandungi utusan dalam
bentuk lirik. Gabungan keduadua melodi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai
salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan manusia. Kerana itu,
ada juga pihak yang melihat muzik sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang
mampu menggambarkan imej dan ketamadunan budaya sesuatu bangsa itu. Ada juga
yang melihatnya sebagai salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membentuk
industrinya sendiri seterusnya membantu perkembangan pembangunan sosial.
Industri muzik di Malaysia wujud atas faktor kedua-dua keadaan tersebut.
Tetapi, sejauhmanakah masyarakat umum sedar tentang keadaan ini? Sejauhmanakah,
aspek ini diberi perhatian oleh media cetak dalam memberi bentuk terhadap
aplikasi muzik dalam dasar awam negara yang boleh memberi makna kepada
pengguna-penggunanya? Dengan kata lain, sejauhmana isu yang berkaitan dengan
industri muzik diberi perhatian oleh akhbar di Malaysia? Dengan menggunakan
perspektif kajian isu dasar yang berkaitan industri muzik, makalah ini meneroka
isu-isu tersebut melalui data yang dikumpul melalui kaedah analisis kandungan
akhbar. Kesemua akhbar telah dipilih secara rawak daripada ketiga-tiga bahasa
utama di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis secara kuantitatif untuk
melihat aliran pemaparan maklumat tentang industri muzik and implikasi polisi
yang berkaitan. Hasil kajian mendapati akhbar-akhbar yang dikaji memberi
perhatian yang sangat minimal terhadap aspek dasar berkaitan industri muzik di
Malaysia.
Perancangan dalam bidang muzik ini harus dirancang daripada awal kehidupan
lagi kerana pengalaman didalam industri muzik sangat penting untuk kita bekerja
didalam industri muzik di Malaysia. Hal ini kerana pengalaman merupakan salah
satu guru untuk kita pelajari sesuatu itu dengan lebih berpengalaman.
Perancangan saya didalam industri muzik ini semakin berkembang berbanding
dahulu . Ini kerana proses pembelajaran dan pengajaran sangat penting untuk
menambah lagi ilmu yang sedia ada. Perancangan awal ini juga memerlukan
sokongan daripada sahabat, dan orang yang disayangi terutama ahli keluarga . Perancangan
saya untuk meneruskan pelajaran dalam bidang muzik ini mesti di teruskan kerana
ini adalah impian yang ingin dicapai oleh diri saya sendiri. Bukan untuk diri
sendiri sahaja , malahan untuk ibu bapa dan keluarga tercinta. Saya akan terus
merancang sesuatu yang menarik untuk menarik perhatian rakyat Malaysia akan
karya yang akan dicipta nanti.
Dalam penglibatan diri dalam bidang muzik ini, kita haruslah mempunyai visi
dan misi yang tersendiri bagi mengekalkan keinginan dan mencapai kejayaan yang
ingin dicapai pada hari akan datang. Selain itu, kreativiti didalam penglibatan
diri dalam industri muzik ini sangat memerlukan kreativiti yang sangat tinggi
dan juga sifat sabar yang sangat diperlukan oleh seorang yang terlibat di dalam
industri muzik ini. Ini kerana di dalam industri muzik ini perlu mempunyai
kesabaran untuk mempunyai peminat akan karya yang telah dicipta. Selain itu,
setiap pendengar muzik mempunyai minat masing-masing dalam mendengar muzik
didalam pelbagai genre muzik yang berlainan. Hal ini kerana, karya yang
disediakan itu hendaklah memenuhi syarat untuk menarik minat para pendengar di
Malaysia. Jika kita memulakan cara yang betul mungkin lebih ramai yang akan
meminati karya kita. Oleh demikian, bahawa persediaan awal sangat pentingdan
mempunyai penfirian yang kuat dalam menceburi industri muzik yang penuh dengan
cabaran dan tentangan daripada segelintir golongan yang tidak meminati muzik.
Akhir sekali, perkembangan industri muzik di Malaysia
adalah sangat fokus pada muzik pop. Sokogan daripada masyarakat sangat
memainkan peranan yang penting kerana muzik yang popular pada masa kini datang
dari sambutan peminat dan pendengar . Hal ini demikian kerana populariti
memainkan peranan yang begitu besar di dalam industri muzik. Perkara ini dapat
memberi perubahan terhadap industri muzik di Malaysia yang semakin berkembang
ini. Kesimpulanya, di dalam industri muzik mempunyai peluang pekerjaan yang
sangat banyak dan luas. Ini kerana ,industri muzik memerlukan kualiti yang
tinggi untuk memajukan industri muzik di Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah
membuka minda yang lebih luas terhadap peluang pekerjaan di dalam industri
muzik sememangnya boleh menjamin masa depan yang cerah dan mampu berkembang
dengan lebih maju pada masa akan datang .
Sekian , Terima
Kasih.
Good 😄
ReplyDelete